Monday, October 12, 2015

Persaraan Hj Ahmad B Sadi - Part 1

Majlis Kenang Daku Dalam Doamu - Part 1

Hj Ahmad Bin Sadi
Guru Besar Sk Pekan Layang

Lokasi
SK Pekan Layang-Layang

Profil Guru Besar

Nama beliau ialah Hj Ahmad Bin Sadi. Pendidikan awal beliau ialah di SK Simpang Renggam pada tahun 1964 -1969, beliau meneruskan persekolahan di SMK Dato Hj Hassan Yunos dan SMK Tinggi Batu Pahat pada tahun 1970 sehingga 1977. Beliau menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Diploma Sains dan Pendidikan pada tahun 1978 - 1981. Bagi memantapkan lagi pendidikan beliau,Hj Ahmad menyambung pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Sarjana Muda Program Pendidikan dari tahun 2004 - 2006. Bagi menambahbaik bidang yang diceburinya, beliau mengambil Diploma Pengurusan dan Kempimpinan di Institut Aminuddin Baki pada tahun 1999.

Beliau berkhidmat di beberapa sekolah,antaranya ialah :

SMK Paloh pada tahun 1981 - 1983
SMK Bandar Tenggara 1 pada tahun 1983 - 1992
SK Sungai Linau pada tahun 1994 - 1996
SK Lelaki Bandar Kluang pada tahun 1996 - 1998
SK Seri Lalang pada tahun 1998 - 2004
SK Seri Kencana pada tahun 2004 - 2010
SK Pekan Layang-layang pada tahun 2010 sehingga kini.

Beliau pernah telibat dalam pelbagai aktiviti diantaranya ialah Guru Sumber Sains Daerah Kluang pada tahun 1996 - 2008 sebagai Naib Pengerusi dan Pelantikan Guru Besar Zon Renggam Layang di daerah Kluang pada tahun 2010 - 2015 sebagai Pengerusi.

Beliau juga menerima pelbagai anugerah sebagai guru,diantaranya ialah Anugerah Kecemerlangan pada tahun 2001 dan pada tahun 2011.

Sekitar Majlis Kenang Daku Dalam Doamu

KLIK LINK DIBAWAH UTK LIHAT BANYAK LAGI GAMBAR

https://photos.app.goo.gl/yKRX3AGkpu5muEhh2












No comments:

Post a Comment