Saturday, November 21, 2009

Keputusan UPSR 2009

Jumlah calon : 71 orang
Jumlah lulus : 53 orang
Peratus lulus : 74.65%
Peningkatan sebanyak 2.15% daripada 2008

GPS : 2.13 - 2008
           2.10 - 2009

Bilangan cemerlang:
5A - 5 orang
4A1B - 5 orang
2A2B - 8 orang


Keputusan UPSR berdasarkan mata pelajaran :

Subejek     % lulus      bil.lulus        GPS
BM(K)      100            71/71            1.61
BM(P)       98.6           70/71           1.27
BI               76.1           54/71           2.79
M3             90.1           64/71           2.31
SC              90.1           64/71           2.48

Monday, October 5, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya PIBG & GURU

Majlis sambutan Hari Raya PIBG dan Guru. Majlis diadakan mengeratkan hubungan antara guru-guru,PIBG dan keluarga keluarga masing-masing.


GPK1 Pn. Hjh Arpah turut sama memeriahkan suasana majlis
YDP PIBG berkaroake lagu laya


Tuesday, September 8, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Peperiksaan UPSR 2009 bermula pada hari ini.
Peperiksaan ini berjalan selama 3 hari.
Selamat berjuang untuk murid-murid tahun 6.
Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang kelak.

Wednesday, August 5, 2009

Seorang murid disahkan positif H1N1

Seorang murid dari 3 maju telah disahkan positif H1N1. Murid tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah. Persekolahan berjalan seperti biasa, walaupun hampir 30% murid tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.

Gotong Royong Pembersihan Influenza A H1N1

Gotong Royong pembersihan influenza A H1N1 telah dijalankan pada pagi isnin (3/9/2009). Matlamat gotong royong ini ialah bagi memastikan penularan H1N1 dapat dihentikan. Semua kelas dan bilik khas telah dibersihakan menggunakan campuran air dan klorox. Murid-murid dan guru terlibat dalam operasi ini.

2009 Mesyuarat PIBG ke 34

Perarakan
Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-34 telah diadakan pada hari Sabtu 28 March 2009 bertempat di Dewan SK Pekan Layang-layang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Layang-layang Tuan Haji Ahmad Bin Ahem.

Photobucket
Mesyuarat Agong PIBG kali ke-34.

Photobucket


Persembahan Boria Miskin Kaya oleh murid-murid sebagai selingan untuk menghiburkan hadirin yang datang.



Photobucket
AJK baru PIBG 2009/2011.

Photobucket

Cabutan bertuah diampaikan oleh GB kepada hadirin yang bertuah.


Photobucket

Cenderamata kepada semua guru disampaikan Timbalan YDP 2007/2009.

2009 Sukan Tahunan

Perarakan rumah sukan sebelum acara sukan dijalankan.

Persembahan oleh murid sebelum kejohanan.

Acara 100m perempuan.


Penyampaian hadiah kepada pemenang.

Sebahagian ibu bapa yang hadir ke kejohanan sukan sekolah.

Tuesday, August 4, 2009

2009 Sambutan Maulidur Rasul


Majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 10 April 2009. Murid-murid telah dikumpulkan di kantin sekolah semasa sambutan maulidur rasul dijalankan.


Ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Hj. Tukimen bin Hj. Saliman.


Pengagihan makanan kepada murid-murid setelah selesai majlis maulidur rasul.

Kuiz spontan dijalankan oleh penceramah bagi menguji kefahaman murid-murid.


Persembahan berzanji sedang di perdengarkan kepada guru dan murid di majlis tersebut.

Monday, February 2, 2009

Guru Besar SK Pekan Layang-layang

Tn Haji Ahmad Bin Sadi

Selamat datng kepada Tuan Hj. Ahmad ke SK Pekan Layang-layang. 
Kami warga SKPL amat berbesar hati kerana kesudian tuan untuk berhidmat di SKPL bersama-sama kami.

Semoga dibawah kepimpinan tuan SKPL menjadi bertambah cemerlang dan terbilang.

Tuesday, January 20, 2009

Kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan laman web SK Pekan Layang-layang. Diharapkan Laman Web SK Pekan Layang-layang akan menjadi landasan dan pengisian merealisasikan impian warga SK Pekan Layang-layang bagi melahirkan komuniti berilmu bertaraf dunia melalui penyebaran ilmu melalui internet. Saya menyeru kepada semua guru SK Pekan Layang-layang supaya dapat meluangkan sedikit masa dan tenaga dengan menyumbangkan apa jua bahan berbentuk digital seperti nota-nota, artikel, bahan-bahan bantuan mengajar, soalan peperiksaan, skema jawapan dan sebagainya untuk manfaat semua pelajar.

"Bersamalah Kita Membudayakan ICT".

Sekian, terima kasih.


Puan Aminah Binti Ahmad
Guru Besar,
SK Pekan Layang-layang

Selamat Bersara Kepada Puan Aminah

Selamat bersara untuk Puan Aminah. Segala jasa dan pergorbanan puan semasa di skplyg akan kami kenang.
Kami semua doakan agar puan sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah.

Kami semua pasti akan mengingati puan sepanjang usia kami.

Tanggal 1/2/2010 pasti akan kami kenang, Selamat bersara.

Terima Kasih!