Tuesday, January 20, 2009

Kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan laman web SK Pekan Layang-layang. Diharapkan Laman Web SK Pekan Layang-layang akan menjadi landasan dan pengisian merealisasikan impian warga SK Pekan Layang-layang bagi melahirkan komuniti berilmu bertaraf dunia melalui penyebaran ilmu melalui internet. Saya menyeru kepada semua guru SK Pekan Layang-layang supaya dapat meluangkan sedikit masa dan tenaga dengan menyumbangkan apa jua bahan berbentuk digital seperti nota-nota, artikel, bahan-bahan bantuan mengajar, soalan peperiksaan, skema jawapan dan sebagainya untuk manfaat semua pelajar.

"Bersamalah Kita Membudayakan ICT".

Sekian, terima kasih.


Puan Aminah Binti Ahmad
Guru Besar,
SK Pekan Layang-layang

Selamat Bersara Kepada Puan Aminah

Selamat bersara untuk Puan Aminah. Segala jasa dan pergorbanan puan semasa di skplyg akan kami kenang.
Kami semua doakan agar puan sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah.

Kami semua pasti akan mengingati puan sepanjang usia kami.

Tanggal 1/2/2010 pasti akan kami kenang, Selamat bersara.

Terima Kasih!