Mula berkhidmat di SK Pekan Layang-layang pada 2006 sebagai GPK Ko-Kurikulum.
Dilahirkan pada 1.7.1956 di Hospital Kluang. Berasal dari Kampung Sungai Besoi, Layang-layang, Johor.
Pada awal perkhidmatan sebagai Guru di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu pada tahun 1978
Diberi tugasan mengajar matematik tingkatan 4 & 5. Selepas itu diarah ke sekolah Menengah Agama Gong Kapas, Kuala Terengganu. Setahun berikutnya, diatas arahan Pengarah JPN Terengganu ditempatkan di Sekolah Menengah Sains Terengganu, Kuala Terengganu sehingga tahun 1983.
Pada tahun 1984, dapat berpindah ke Sekolah Menengah Endau, Mersing, Johor. Perhidmatan di SMK Endau hanya selama 2 minggu sahaja dengan arahan Pengarah JPN Johor ditempatkan pula di SMK Layang-layang, Johor yang baru dibuka pada tahun tersebut. SMK Layang-layang masih belum terbina lagi bangunannya ketika itu. Pengajaran dan pembelajaran terpaksa dijalankan di SK Pekan Layang-layang yang bangunannya yang diperbuat daripada papan. SMK layang-layang menumpang selama setahun sahaja.
Pada tahun 1985, SMK Layang-layang yang baru siap dibina telah boleh digunakan walaupun belum mendapat Sijil Menduduki ,CFO . Kami guru-guru yang seramai 6 orang bertungkus lumus mengemas peralatan sekolah dan buku-buku untuk dibawa ke bangunan SMK Layang-layang yang baru. Pengangkutan yang digunakan ketika itu untuk berpindah adalah sebuah lori buruk yang dipinjamkan oleh seorang pekedai iaitu bapa salah seorang murid yang belajar di SMK tersebut. Dengan kekurangan peralatan yang dibekalkan oleh pihak kementerian dan kedudukan sekolah yang jauh dipendalaman akhirnya kami dapat melahirkan tenaga sumber manusia yang berjaya. Ada dikalangan murid tersebut yang berjawatan tinggi seperti pensyarah universiti, jurutera, doktor pakar, guru dan lain-lain lagi.
Setelah berkhidmatan selama 18 tahun(tahun 2002) di SMK Layang-layang, surat perpindahan ke SK Tenggaruh 4, Mersing diterima dan dilantik sebagai GPK Hal Ehwal Murid selama 2 tahun. Ketika berkhidmat di SK Tenggaruh 4, pasukan bola tampar sekolah SK Tenggaruh 4 ditubuhkan bagi menyertai pertandingan ke peringkat Daerah Mersing. Bila pasukan ini, hanya setahun sahaja berlatih, tapi boleh meneruskan pertandingan sehingga ke peringkat separuh akhir. Setelah saya berpindah pada tahun 2004, saya diberitahu sekolah ini berjaya ke peringkat akhir.
Pada bulan Mac 2004, selepas bermesyuarat tentang HEM di SMK Sains Mara, Mersing. Saya mendapat berita ditukarkan ke SK Felda Layang-layang sebagai GPK Ko-Kurikulum. Semasa di sekolah ini, Penubuhan pasukan bola tampar sekolah dapat dibuat dan seterusnya bertanding ke peringkat Zon Simpang Renggam, Johor. Dan menjadi johan pada tahun tersebut dan dilantik sebagai jurulatih dan pengadil untuk daerah Zon Simpang Renggam. Dalam pertandingan ke peringkat daerah Kluang pada tahun itu, kami berjaya menjadi johan bagi pasukan Lelaki Bawah 12 tahun sementara pasukan perempuan menjadi naib johan. Ramai guru dan juga guru besar berasa seronok dan gembira kerana SK Felda Layang-layang dapat menonjolkan diri dalam pertandingan bola tampar yang tidak pernah ada di sekolah ini. Pada tahun yang sama keputusan UPSR sekolah ini telah meningkat dengan adanya bantuan tenaga pengajar dikalangan guru penolong kanan iaitu saya sendiri dan cikgu Jumaat bin Mahadi yang membantu dalam pelajaran Matematik. Disamping itu, saya dan CIkgu Jumaat telah dapat menyumbangkan tenaga dalam mencantikkan dan mengindahkan persekitaran sekolah. Kami berdua dengan bantuan guru-guru dan pekerja telah dapat menyiapkan sebuah taman berserta kolam ikan dan juga Mural-mural di dinding sekolah.
Selepas UPSR, Kami berdua telah mengadakan program mencanting batik untuk dijadikan cenderahati kepada murid-murid dan ibubapa mereka. Warga sekolah sangat teruja semasa mempelajari proses mencanting batik pada kain putih.
Pada bulan Mac 2006, saya menerima surat daripada JPN Johor supaya berpindah ke SK Pekan Layang-layang yang berjawatan GPK Ko-Kurikulum. Saya rasa gembira kerana dapat berkhidmat pada penduduk tempatan yang kebanyakannya saya kenali. Apabila ke sekolah ini, saya menubuhkan pasukan bola tampar untuk dibawa bertanding ke peringkat zon Renggam/Layang pada tahun tersebut telah berjaya menjadi johan dengan mengalahkan SK Ladang Ulu Remis, Layang-layang. Bila ke peringkat daerah Kluang di SK KLuang Barat, zon Renggam/ Layang telah berjaya ke peringkat akhir. dengan kekurangan pengalaman yang tidak berkemahiran pasukan zon Renggam/ Layang hanya menjadi Naib Johan Daerah. Kami dikalahkan oleh Sekolah dari zon Kluang Barat yang kebanyakkan pemainnya dari SK Kluang Barat yang menduduki asrama. Murid-murid dari sekolah SK Kluang Barat setiap petang berlatih bola tampar untuk aktiviti riadah mereka. Jadi tidak hairanlah, Jika mereka memenangi pertandingan bola tampar ini. sementara pasukan bola tampar perempuan bawah 12 tahun Zon Renggam/ Layang telah berjaya di tempat ke-3. Kami walaupun pasukan baru berasa gembira kerana telah dapat ke peringkat akhir.
Pada tahun 2014 ini, saya hanya menghitung hari dan memberikan sumbangan yang termampu bagi menaikkan imej sekolah samaada dalam bahagian Kemenjadian murid ataupun kemejuan sekolah. Berat rasa hati untuk menamatkan perkhidmatan kerana sudah sekian lama menyumbang tenaga bagi membentuk insan supaya menjadi sumber tenaga yang profesional atau semi-profesional atau sekadar menjadi manusia yang berguna. Saya rasa bersyukur kerana dapat berkhidmat di SK Pekan Layang-layang yang tenaga pengajarnya mempunyai kepakaran masing-masing dan komited terhadap tugas sebagai pendidik bangsa....
Sekian, Terima Kasih.
- Tn Hj Ahmad Bin Hj Mahat
No comments:
Post a Comment