Tuesday, January 20, 2009

Kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan laman web SK Pekan Layang-layang. Diharapkan Laman Web SK Pekan Layang-layang akan menjadi landasan dan pengisian merealisasikan impian warga SK Pekan Layang-layang bagi melahirkan komuniti berilmu bertaraf dunia melalui penyebaran ilmu melalui internet. Saya menyeru kepada semua guru SK Pekan Layang-layang supaya dapat meluangkan sedikit masa dan tenaga dengan menyumbangkan apa jua bahan berbentuk digital seperti nota-nota, artikel, bahan-bahan bantuan mengajar, soalan peperiksaan, skema jawapan dan sebagainya untuk manfaat semua pelajar.

"Bersamalah Kita Membudayakan ICT".

Sekian, terima kasih.


Puan Aminah Binti Ahmad
Guru Besar,
SK Pekan Layang-layang

No comments:

Post a Comment